Thursday, January 13, 2011

ujian itu mematangkan kita

serius saya teramatlah rindu kat awak. dah lama kot kita tak jumpa, last jumpa 25 july last year. sedangkan call pun dah 2 bulan tak..huhu. lama kan. baru- baru  saya dah tanya parents, mintak permission nak jumpa awak, alhamdulillah diluluskan even agak perit menerima syarat-syarat yang diberikan. tapi sayang punya pasal, pahit pun ku telan..

harap kita sama-sama dapat tempuh semua ujian ni. kalo tak dapat jumpa sem ni, kita tunggu jela setahun lagi..huhu. saya selalu pesan, mujahaddah itu pahit. dan semalam saya tanya awak,

“wahai pemilik hati yang bernama ******, ikhlaskah awak menunggu saya habis belajar sampai 2013 nanti?”

alhamdulillah awak jawab “insyaallah”. semoga dipermudahkan segala urusan kita berdua..aminSmile

Sunday, January 9, 2011

mengusung rindu

ya Allah rindunya kat awak si kuyang. rasa sesak dada ni taw tak. nak tulis ni macam semput-semput je dibuatnya..hihi. yela, dah lamakan kita tak jumpa, calling-calling pun dah lama tak. last call pun disember aritu, tu pun just 10 seconds je, nak bagitahu pisang apa yang boleh buat cekodaok kat awak..haha. saya ingat lagi, time tu saya tengah kat jeti pangkor.

kuyang, bila nak jumpa ni. rasa cam nak jumpa sekarang jugak. tapi sayangnya kita jauh, awak kat jb, saya pulak kat area tanjung malim ni ha..huhu. mahunya kalo nak jumpe kena turun kl. harap-harap nextweek dapat jumpe iyeh. rindu sungguh. last kita jumpe july tahun lepas an. harap-harap saya dapat permision nak kuar eh. padahal awak dah tanya saya bila nak jumpa since malam nak first kuliah lagi. sabar ye sayang. kalo ada jodoh jumpa la kita. takpun kita jumpa time akad nikah iyeh..hihi

miss you a lot my dearWinking smile

Sunday, January 2, 2011

selamat sampai

alhamdulillah kuyang dah selamat sampai pun kat tempat yang dituju..hihi. lepas ni bermulalah episod kebizian masing-masing sebab nak study. dah tak dapat nak kacau kuyang. tapi takpe, kami berpegang pada prinsip 'tak contact tu bukan maknanya tak sayang'. selalu sangat contact pun bosan jugak an..

Saturday, January 1, 2011

semoga selamat sampai

malam ni kuyang balik Jb. dari alor star pulak tu. semoga kuyang selamat sampai..amin.

tak tahu kenapa, tiap kali kuyang balik, mesti aku jadi risau. yela, perjalanan tu jauh kot. dari AS ke JB, dari JB ke AS..berjam-jam dalam bas. mungkin sebab aku sayang sangat kat kuyang ni kot. satu-satunya insan yang sentiasa ada tak kira susah ke senang.

papepun, semoga dipermudahkan segala urusan kuyang dan sentiasa mendapat lindungan rahmat-Nya..amin

kenapa aku suka kuyang

last entri aku dah cerita kenapa aku suka kuyang. so kali ni aku nak sambung lagi kenapa aku suka kuyang ni. bagi aku kuyang ni sangat meaningful bagi aku.

aku suka kuyang ni sebab aku dapat rasa dia boleh bimbing aku. bimbing aku ke jalan yang lurus la.. jalan yang lebih diredhai. aku kenal kuyang ni pun time bulan yang sangat mulia, Ramdahan alMubaraq. macam mana aku kenal dia, nanti aku stori okeh!

dulu hati aku ni keras sangat. aku rasa ramadhan tu just bulan untuk berpuasa je. takda pun nak hayati ke, apa ke. then, after kenal kuyang je, dia selalu cerita kat aku ramadhan ni best. macam masa pertukaran umur baru. dia kata belum tentu lagi kita dapat jumpa ramadhan yang akan datang. waktu tu lah, abru aku mula terfikir betapa berharganya ramadhan. tak pernah-pernah aku menangis rasa sedih bila ramadhan nak tutup tirai, tapi time ramadhan yang aku kenal kuyang tu, first time aku nanges sedih. kuyang sendiri cakap kat aku..

“alhamdulillah, lembut jugak hati awak akhirnya”

kuyang pun selalu pesan kat aku, tutup aurat, jaga kehormatan diri. memang tak dinafikan, before tu memang aku agak jahil pun bab-bab aurat ni. aku start sedar pasal aurat ni pun after aku sakit tahun lepas, lebih kurang 2 bulan before aku kenal kuyang. ternyata, hidayah tu milik Allah. macam-macam cara Dia gunakan untuk sampaikan hidayah kepada hambaNya. aku rasa Allah kenalkan aku dengan Kuyang pun mungkin untuk beri hidayah kat aku..

kuyang sendiri selalu pesan, jaga solat, rajin-rajin mengaji. before aku kenal kuyang, aku tak pernah nak pegang mathurat. tapi bila dia selalu cerita pasal baca mathurat, hati aku pun terlintas nak baca juga. dia selalu ingatkan, tak dapat nak baca pagi, petang pun takpa. dalam dia tengah sedih arwah abang dia meninggal tu, sempat lagi dia pesan aku. alhamdulillah sekarang aku dah boleh hafal almathurat tu.. terima kasih Ya Allah..

yang paling aku tersentap bila kuyang cakap, dia sayang aku sebab dia sayang kat agama dia. ya Allah, semoga dipermudahkan segala urusan kami. mintak dijauhkan dari perkara-perkara yang melalaikan kami. aku selalu doa, kalo betul dia ditakdirkan untuk aku, dekatkanlah hatiku dengan hatinya tanpa sedikit pun berpaling dariMu..amin

tu jelah dulu kot, banyak chapter lagi kalo nak share. sekian.

it’s about him..

tiba-tiba terasa nak cerita pasal orang tersayang pulak..hihi. bukan bermaksud family diketepikan, tapi yang ni special case. papepun family tetap juga diutamakan, right?

okeh, let i call him as ‘kuyang’..hihi. taknak tulis real name dia. hanya ke je tahu. sebab maksud kuyang ni lebih kurang macam sayang. aritu, ada kakak yang dari sabah tu ajar aku. thanks kak!

aku suka kuyang ni sebab dia sangat penyabar. aku ni kadang-kadang suka test kesabaran dia. tapi tengok dia cam sabar sangat bila aku uji macam-macam. kadang-kadang aku suka buat pasal, tapi dia tetap sabar dan sabar.

aku rasa kesabaran kuyang ni paling diuji sem lepas la, dalam masa terdekat sampai 2 3 ujian yang datang sekali gus. aku rasa paling dia sabar time arwah abang dia meninggal. dia tahu pasal arwah abang dia sakit pun beberapa jam je before abang dia meninggal. aku pun tahu just after kuyang dapat berita tu.

ya Allah, aku boleh bayang macam mananya sedih yang kuyang ni rasa.  even aku yang tak pernah jumpa arwah tu, aku boleh rasa sedih tu dekat sebulan juga. kadang-kadang airmata aku pun boleh menitis. maybe sebab kuyang selalu cerita jugak cerita p asal abang dia ni, buat aku rasa arwah tu pun macam arwah tu abang aku jugak. papepun, semoga ia ditempatkan di kalangan para solihin..amin

okeh, aku nak sambung kat next entri pulak la iyeh. mals nak tulis panjang-panjang sangat walaupun dah memang panjang..hihi. sekian.

Friday, December 31, 2010

Entri terakhir

dah lama aku tak update belog ni sebab aku banyak spending time dekat my primary blog. blog ni pulak aku just jadikan macam tempat aku nak luahkan apa-apa yang aku rasa especially about my soul..eceh, ayat macam apa je. yang aku tak sangkanya, ada jugak yang sudi follow blog ni. aku baru je bukak tadi, tuptup dah ada dua orang follower baru. thanks pada yang sudi follow. sorilah, belog ni maybe macam bosan sikit sebab dia banyak kisah pasal ceritera hati.. bukan ceritera cinta macam lagu jac okeh!

sebenarnya banyak menda aku nak tulis kat sini, tapi cam tak termampu je lagi, tambah pulak dengan si internet yang sangatlah ‘laju’. kalo nak online pun, mesti aku busy buat menda laen. entri lepas ni aku nak cerita pasal my dearest laa..hihi. kalo ada yang menyampah aku tak kisah, asalkan aku puas dapat luahkan kat blog ni. dah nama pun ‘kisah kita kamu’, mestilah aku nak cerita kisah aku dan ehem-ehem an..hihi. nanti bila dah ada ‘family’ boleh la baca semula.. agaga

anyway, aku rasa ni entri TERAKHIR untuk tahun 2010 ni, dia pun dah nak tutup tirai. jap lagi dah nak pasang tirai baru dah.. brand  2011..hihi. sekian.