Friday, December 31, 2010

Entri terakhir

dah lama aku tak update belog ni sebab aku banyak spending time dekat my primary blog. blog ni pulak aku just jadikan macam tempat aku nak luahkan apa-apa yang aku rasa especially about my soul..eceh, ayat macam apa je. yang aku tak sangkanya, ada jugak yang sudi follow blog ni. aku baru je bukak tadi, tuptup dah ada dua orang follower baru. thanks pada yang sudi follow. sorilah, belog ni maybe macam bosan sikit sebab dia banyak kisah pasal ceritera hati.. bukan ceritera cinta macam lagu jac okeh!

sebenarnya banyak menda aku nak tulis kat sini, tapi cam tak termampu je lagi, tambah pulak dengan si internet yang sangatlah ‘laju’. kalo nak online pun, mesti aku busy buat menda laen. entri lepas ni aku nak cerita pasal my dearest laa..hihi. kalo ada yang menyampah aku tak kisah, asalkan aku puas dapat luahkan kat blog ni. dah nama pun ‘kisah kita kamu’, mestilah aku nak cerita kisah aku dan ehem-ehem an..hihi. nanti bila dah ada ‘family’ boleh la baca semula.. agaga

anyway, aku rasa ni entri TERAKHIR untuk tahun 2010 ni, dia pun dah nak tutup tirai. jap lagi dah nak pasang tirai baru dah.. brand  2011..hihi. sekian.

Sunday, November 28, 2010

burn da night oil together

malam ni saya dan awak sama-sama pulun untuk study for final. awak struggle tuk naval subjek, saya pulak pulun untuk 2 tough paper hari isnin ni. semooga dipermudahkan segala urusan kita. kita dah usaha, just tawakal dan doa je..berserahlah padaNya. Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Friday, November 26, 2010

inspirasi di pagi harikejut

hehe..pagi tadi ada orang kejut..terus aku terjaga dari terusblogger-emoticon.blogspot.com.. mula-mula kejut subuh, then kejut lagi suruh study sebab petangnya nak exam.. nak taknak kena bangun. kena pektis macam mana nak taat kat husband..blogger-emoticon.blogspot.comwalaupunblogger-emoticon.blogspot.comaku gagahkan diri untuk bangun. akhirnyablogger-emoticon.blogspot.comsebab dapat mood study..hihiblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comberhimpun dalam satu jiwa..haha

Thursday, November 25, 2010

selamat malam sayang

macam lagu faizal tahir pulak, selamat malam sayang..hehe

takdalah, kebiasaannya kalau dia tanya aku, ‘tak nak tido lae ke?’.. tuptup tak sempat nak reply mesej aku dah tido dulu..hihi. tapi malam ni awal pula sayangku ni beradu..(aku taktaw ayat ni versi apa, skema or sastera). aku ingat lagi, waktu mula-mula kenal dulu.. waktu tu aku memang agak ganas berbahasa dengannya..hikhik. dia selalu pesan, jangan tidur lewat, nanti kulit kedut macam baju dia..hahaha. aku gelak ja..tapi tu dulu, ayat nak tackle ke ape ke.. tapi sekarang dah tukar versi..

“awak jangan la tido lewat-lewat sangat..hoh”

“tido la awal, sok boleh la bangun awal, kite da ngantok ni” ni ayat paling latest..hakhak

ok, papepun, aku tetap menghargai setiap apa yang dipesan..cewah..hakikatnya waktu tulis entri ni aku terpaksa melawan perasaan sebab ‘ditinggalkan’..rinduuuuu..

lambatnya nak jumpa lagi..sabar-sabarThinking smile

Sunday, November 21, 2010

kembali tenang

awal pagi tadi nampak agak tegang sikit. tapi tak lama, just sejam je rasanya. mula-,ula tak marah pun, tapi bila dapat mesej,"hmmm..syg marah ek?" terus merembas air mata aku keluar. time tu tengah azan subuh rasanya. ya Allah, time tu hanya Allah je dapat dengar apa luahan hati aku. aku taknak pun marah-marah ni sebab kadang-kadang kita sendiri uncontrolled. tak boleh nak buat macam mana. then, 2 3 minit after that, aku terus ambil wuduk dan solat subuh. time doa tu aku menangis semahu-mahunya. aku taknak perkara-perkara yang tak diingini terjadi. satu je aku minta,
'kalo betul dia ditakdirkan untukku, dekatkanlah hatiku dengan hatinya tanpa sedikit pun berpaling dariMu..dan permudahkanlah segala urusan kami..'
dekat setengah jam aku duduk bertelekung. tapi memang aku rasa lega lepas tu, sebab aku yakin Allah dengan rintihan aku.

then tak lama after solat semua tuh, aku ambil note nak baca. aku capai fon dan sent mesej kat dia. aku pesan macam-macam..huhu. then dia bagitahu dia tido awal..waaa, rasa bersalah sangat. dia siap mintak maaf lae. padahal silap aku la sebab gagal memahami keadaan.huhu. biasalah tu, dugaan penghujung sem. tapi alhamdulillah, lepas semua dah berterus-terang keadaan kembali tenang. aku syukur sangat benda ni tak berpanjangan. nasib baik masih ada tolak ansur. lagipun mana best gaduh-gaduh ni. cuma ada salah paham je..huhu. semoga ia dijadikan pengajaran bersama.

awak,
saya tetap berdoa agar jodoh kita berpanjangan sampai ke syurga..
semoga dipermudahkan segala urusan..amin

jadikan aku tabah

ya Allah, dugaan apakah ini. semoga ianya menjadikan aku lebih dekat dengan-Mu. makin hari aku rasa makin banyak dugaan. rasa cam blog ni pun cam akan jadi kenangan ja. baru ja rasa nak tulis macam-macam kat sini tapi macam tak kesampaian ja. hati aku sebenarnya sangat keras, tapi entah macam mana boleh lembut plak. kadang-kadang aku rasa nak ja jadi kejam, aku rasa sakit kot. mungkin aku nampak ja boleh terima, seriously aku ni pemendam orangnya. once dah sampai maximum level, aku akan lepaskan apa yang aku pendam. aku pun ada tahap kesabaran aku la. aku dah cuba yang terbaik, cuba faham keadaan semua, tapi tiba-tiba aku rasa macam apa ja..huhu. ni memamg betul-betul aku tulis dari hati. pas aku tulis ni hope aku rasa lega. ada orang baca ke tak aku tak kisah. yang penting boleh kurangkan rasa pendam aku nih.. aku rasa aku pasrah je. Allah itu tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.. semoga aku menjadi hamba yang tabah..amin

Saturday, November 20, 2010

dugaan

sekarang macam ada rasa satu perasaan yang sangat-sangat tak best..hmmm..sabarlah. keadaan nampak cam agak tegang. tak tau kenapa. ni pun bangun-bangun tido terus rasa nak tulis kat sini. may be take time kot. nak kata ada fighting takda la plak. kalo kita nak buat benda baik mesti banyak dugaan. may be dugaan dariNya nak tengok sejauh mana keikhlasan kita.. ya Allah, jika benar dia ditakdirkan untukku, dekatkanlah hatiku dengan hatiNya tanpa sedikit pun berpaling dariMu..amin

Friday, November 19, 2010

jadi jam loceng

rasa nakblogger-emoticon.blogspot.com kat telinga awak bagi awak bangun dari blogger-emoticon.blogspot.com. rasa nak blogger-emoticon.blogspot.com sampai awak terjaga dan komfem awak akanblogger-emoticon.blogspot.comsebab saya buat macam tu. saya pun dah blogger-emoticon.blogspot.com duk maen-maen miskol ni..hmm. tapi sebabkanblogger-emoticon.blogspot.com tunang..eh terlepas plak..blogger-emoticon.blogspot.comhihi. sayablogger-emoticon.blogspot.com dengan apa yang terjadi. takkan la saya nakblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com or lae dasyat kalo terus blogger-emoticon.blogspot.com sebab menda remeh an..haish..so, ada tak idea yang bernas nak kejut orang tido???

blogger-emoticon.blogspot.com: awak kena kawen cepat supaya nanti awak ada orang kejutkan awak dari tido..komfem dah tak tido pastu..hehe

Wednesday, November 17, 2010

sayunya aidiladha

just after balik solat raya, waktu tengah nak tolong-tolong mak duk prepare makanan untuk jiran yang datang. tiba-tiba dengar chorus lagu 'ketika cinta bertasbih'.. terkejut, hepi, speechless..

terus lari-lari jawab call kat belakang rumah.. sebab ringtone tu just set-up untuk orang yang special dalam diri ni je...

bila dah terdengar orang jawab salam kat hujung talian sana tu, terus je cakap, "rindunya kat awak..", tapi hanya dalam hati jela..

mula-mula awak tanya saya buat apa, then awak bagitahu awak kat tempat korban. awak kata, after this awak nak tido. rupa-rupanya awak tak tido semalam..hmm..kecian kat sayang.. tapi pas awak called tu. saya cam tersenyum sendiri, terharu pun ada. awak called semata-mata nak ucap selamat hari raya..huhu. same thing awak buat waktu birthday saya dulu..

saya ingat lagi, after bangun tidur pagi tadi saya ada text awak, nak tanya dah bangun ke belum. baju melayu dah iron ke?
then awak kata, tak iron pun, pakai pun baju melayu yang selalu pakai je.. takpa nanti saya boleh tolong ironkan baju sayang. saya dah selalu pektis iron baju melayu ni..weee

saya tahu, mesti awak rasa sayukan tak dapat raya dengan family kali ni. takpelah awak, kadang-kadang kita terpaksa berkorban untuk dapatkan apa yang dihajati. dah nama pun raya korban..takpe eh, jangan sedih-sedih. nanti kalau ada jodoh dan umur yang panjang kita raya sama-sama eh. mana tahu, nanti ada rezeki, kita boleh pergi buat haji sama-sama.. waaa, seronoknya dapat pergi tanah suci. mesti kita rasa sangat dekat bila denganNya bila kat sana.

awak tahu tak, bila tengok kat tv pasal orang pergi haji, saya dah pasang angan-angan nak pergi sana a.s.a.p. harap-harap kita dapat pergi sama-sama eh.. nanti dah kerja, kita sama-sama saving eh..semoga dipermudahkan..amin. kalau niat kita ikhlas, insyaallah dipermudahkan.

papepun. good luck for the exam dear. kita sama-sama usaha buat yang terbaik. buktikan kat parents kita boleh. ok, dun wuri..Allah always with you. insyaAllah saya akan sentiasa support awak k.

Saturday, November 13, 2010

awak, cepat sembuh

semalam awak mengadu, awak sakit kepala lagi. awak dah makan ubat tapi awak kata ubat tu tak berkesan pun. awak kata makan pain killer pun tak berapa menjadi. may be sebab awak tak cukup rehat kot. dah banyak malam awak berjaga, pulun nak siapkan esaimen. kesian kat awak, minggu exam pun ada esimen lagi.

"hmm, sabar ye awak. anggaplahlah penyakit penyakit tu sebagai penghapus dosa. Allah ada, selalulah berdoa. kesian kat awak, sok kite g klinik eh..." cubaan menguatkan semangat awak. then, awak bagi respon, awak nak pergi klinik semula. Alhamdulillah, nak juga awak pergi klinik. semoga dipermudahkan.

tapi saya pelik pun ada. awak sendiri pun pelik. awak kata, kalau awak main bola tak da la sakit kepala. ish..macam tu pulak eh.. kalau macam tuh, hebat betul penangan bola tu. sampai buat orang tak sakit kepala.

rasanya dah seminggu awak mengadu awak sakit kepala la, penat tiba-tiba la & ada lagi laa...hurmmm, risau saya. dahlah musim exam pulak tu. kalaulah kita dekat, dah lama saya pergi tengok awak. jaga awak elok-elok supaya awak cepat sembuh. tapi kalau dekat-dekat pun bahaya juga melainkan kita dah ada ikatan yang sah. awak pun pernah cakap, 'duk jauh-jauh ni bagus, supaya kita menjaga adab'. betul! saya sangat setuju. kalau duduk dekat-dekat tapi sampai dah tak ingat dah tak mampu jaga batasan an susah. belajar pun susah je nak masuk. kalau dah nikah tu lain cerita, nak jaga 24 jam pun takpa, siap dapat pahala lagi kalau buat dengan ikhlas. boleh suapkan makanan, ubat..hehe. waaa...tiba-tiba macam terpancar-pancar ciri-ciri isteri solehah..hahaha. makna kata, kalau kita dah sayang kat seseorang tu, kita akan lakukan apa saja kat dia sepenuh hati. yeke?

semoga awak cepat sembuh ek. nanti boleh saya kacau-kacau awak lagi. bila awak tak sihat, nak kacau pun tak ok. ok? yang penting bila awak sihat, awak boleh buat papepun dengan tenang. nak makan, nak study, nak main semua senang. nak beribadah pun khusyu' je.. semoga dipermudahkan segala urusan ye sayang..amin

Thursday, November 11, 2010

busy melampau

semalam sangat tensyen coz kena menunggu dengan sekian lamanya. sampai tido pun terkorban. nak study pun tak dapat nak fokus sepenuh hati. tapi kalo mandi mustahil la tak basah..haha. makan pulak mustahil la tak kenyang..makin lapar je ada la. ni semua gara-gara akak aku yang sorang ni, penat aku tunggu. tapi duk jual mahal je. mentang-mentanglah ramai orang duk ter'gila-gila' kat dia...ooo mysis. aku nak daftar kursus next sem..

then saya chat kat awak bagitahu yang saya tak boleh study..huhu. rupanya silap waktu. awak tengah tensyen rupanya. kesian kat awak an, minggu exam pun still kena submit esaimen. rasanya banyak jugak la. rasa cam dah sebulan kot awak busy dengan esaimen. tapi tak tahu la juga, sebab bila kita sayang kat seseorang tu, sehari pun rasa cam lama..haha. tapi serius, memang dah lama gak kot. sampai kredit yang rm10 pun boleh tahan untuk 3 minggu. tahniah untuk diri sendiri.

so, bila awak dah busy tu nak text pun tak berani. buat pulak kalo awak tengah tensyen. just mampu berpesan soh awak bersabar je. kadang-kadang saya pesan benda yang sama je. ambil wuduk, istighfar, selawat banyak-banyak.. benda yang sama jugak awak pesan kat saya kalo saya tengah tensyen. ingat lagi 2 hari lepas, awak kata awak tensyen, sampai jerawat pun naik. saya gelak je, rupa-rupanya awak risau gak eh jerawat aik..haha

disebabkan aduan saya tak seberat masalah awak, saya mulalah buat benda-benda pelik kat fb. crush la, skandal la..haha. tapi sori la sayang, tu kuiz ja, saja nak main-main hilangkan stress. semalam pun tak sampai ati nak suruh awak mesej saya, sebab awak ada paper pagi ni. it's better to let you study than message me. papepun, saya still support awak k. dun wori, Allah akan menolong hambaNya yang bersabar^^


Wednesday, November 10, 2010

perang dah meletus

hari awak dah start berperang dengan paper exam. jadi, terpaksalah saya mengundur diri..huhu. konon-konon buat ayat sedih je...hihi. tapi takpa, untuk future awak juga, kadang-kadang kita perlu korbankan 1001 perkara demi kebahagiaan di hari kelak. betul an?

papepun, sebelum awak pergi exam tadi saya dah text awak..
all da best for ur exam. Allah sentiasa bersama awak, insyaAllah
kalau ikutkan hati memanglah nak kacau awak 24 hours, tapi sekarang an musim exam.. so masing-masing ada privasi tersendiri. banyak benda lagi nak study. nak kena baca. saya selalu berpegang dengan kata-kata awak, "tak selalu mesej, call or jumpa bukan bermakna tak sayang. sebab sayang bukan diukur macam tu..".ok, itu versi awak. ni versi saya, "sayang bukan dinilai sekerap mana mesej dihantar, tetapi sejauh mana keikhlasan kita mendoakannya"..haha. semua ayat tu dah dipatenkan ea..all reserved right

mimpi semalam..

rasa cam bermimpi je. rasa cam baru semalam je kenal awak an. tapi tup-tup dah abes sem 3 saya..hihi. alhamdulillah, awak bagi saya kekuatan untuk terus menjalankan sisa-sisa kehidupan sebagai mahasiswi dan anak kepada mak & abah saya. kalo tak jumpa awak, tak tahu la macam mana an. may be saya ni still nakal-nakal duduk kacau-kacau orang lagi..hehe. mungkinjuga saya selalu berperang dengan perasaan saya..huhu.

tapi takpe, sekarang insyaAllah dah tak macam tuh.. cuma kadang-kadang je terasa nakal nak wat macam tu. tapi mana boleh, saya dah ada awak. bagi saya bukan senang nak cari orang cam awak.. saya selalu cakap kat diri saya, mungkin ini yang terbaik yang Allah nak bagi kat saya. ada hikmah la perkara-perkara yang dah terjadi sebelum saya kenal awal. yang penting sekarang saya dah bahagia, sebab awak selalu buat saya dekat dengan-Nya. Pencipta yang Maha Agung.. Alhamdulillah, semoga dipermudahkan..amin

Sunday, November 7, 2010

welcome to the world

Alhamdulillah berjaya juga menyiapkan 'special' blog ni. harap- harap blog ini nanti dapat dijadikan kenang-kenangan. kadang-kadang tak semua perkara kita mampu ingat dangan akal kepala kita, ia perlu ditulis. jadi, blog ini amat sesuai untuk diri ini melepaskan segala yang terpendam jauh di sudut hati. semoga blog ini mampu berkekalan hingga ke akhirnya..amin

semoga dipermudahkan-Nya